Wednesday, March 3, 2010

Friday, February 12, 2010

TAJUK:PENDEKATAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI WAHANA MELAHIRKAN MODAL INSAN BERTAMADUN

http://myais.fsktm.um.edu.my/9327/1/JUS-27-09.pdf

Assalamualaikum..Salam ukhuwwah untuk semua,moga-moga semua sihat blako,sila baca artikel ini dan sila bagi komen deh..

Situasi pelajar yang semakin tidak meminati mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah bukanlah satu topik yang baru untuk dibincangkan. Malah masalah ini sering menghantui pihak penggubal kurikulum Pendidikan Islam, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Selain daripada kurikulum Pendidikan Islam yang sering diubah, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh guru juga menjadi tumpuan perbincangan. Lantaran itu, satu pendekatan yang dapat membantu dan memantapkan perkembangan pembelajaran pelajar perlu difikirkan bersama bagi mengatasi permasalahan yang telah dinyatakan di atas. Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar. Di samping itu, guru Pendidikan Islam juga perlu bijak dalam memilih dan menentukan pendekatan pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.