Friday, February 12, 2010

TAJUK:PENDEKATAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI WAHANA MELAHIRKAN MODAL INSAN BERTAMADUN

http://myais.fsktm.um.edu.my/9327/1/JUS-27-09.pdf

Assalamualaikum..Salam ukhuwwah untuk semua,moga-moga semua sihat blako,sila baca artikel ini dan sila bagi komen deh..

Situasi pelajar yang semakin tidak meminati mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah bukanlah satu topik yang baru untuk dibincangkan. Malah masalah ini sering menghantui pihak penggubal kurikulum Pendidikan Islam, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Selain daripada kurikulum Pendidikan Islam yang sering diubah, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh guru juga menjadi tumpuan perbincangan. Lantaran itu, satu pendekatan yang dapat membantu dan memantapkan perkembangan pembelajaran pelajar perlu difikirkan bersama bagi mengatasi permasalahan yang telah dinyatakan di atas. Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar. Di samping itu, guru Pendidikan Islam juga perlu bijak dalam memilih dan menentukan pendekatan pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.....

    Bagi sayalah,memang tidak dinafikan ilmu pendidikan islam jarang diminati oleh pelajar-pelajar,ini adalah kerana:
    1.Sesetengah ibubapa tidak memasukkan sedikitpun pengetahuan agama islam ke dalam fikiran anak-anak mereka yang menyebabkan anak-anak mereka memandang islam adalah sesuatu yang asing.
    2.Pelajar tidak merasakan belajar agama islam adalah satu tanggungjawab.
    3.Guru tidak dapat menjadi role model yang baik sebagaiikutan pelajar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ,
    Pendekatan pengajaran dan pembelajaran seharusnya maju dan berubah mengikut masa , akan tetapi pendekatan cara lama juga perlu diterapkan dalam P & P pendidikan Agama .Perkembangan pendidikan agama perlulah beermula dari rumah lagi dan seterusnya digandingkan dengan sekolah . Insya Allah pelajar akan mudah memahami isi kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Agama Islam itu sendiri .

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustazah shamtina..
    Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek yang penting untuk dipelajari.Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu dengan mempelajari sejarah dan perkembangan agama Islam terlebih dahulu.Pengisian ilmu pendidikan Islam perlu dipergiatkan lagi diperingkat sekolah rendah kerana minat seseorang pelajar itu akan timbul bila mana mereka mengetahui tentang cerita-cerita yang menarik yang terdapat dalam pendidikan Islam .Jadi peranan guru agama amat penting untuk membimbing dan menarik minat anak-anak ini menerokai ilmu pendidikan islam.

    ReplyDelete